booster.

cabaran untuk menjadi orang hebat sangat lah hebat.
orang biasa yang nak menjadi orang hebat kena buat perkaraperkara hebat.
orang biasa yang nak menjadi orang hebat yang buat perkaraperkara tak hebat akan lesuputusasa di tengah jalan.
bekal hebat untuk orangorang hebat antaranya adalah qiam.
qiam tak mesti dengan solat sunat.
qiam tak mesti di 2/3 malam.
qiam mungkinkah dibuat sebelum tidur?
qiam mungkinkah semata zikir?
qiam mungkinkah semata baca quran?
qiam mungkinkah sematasemata yang lainnya?
qiam.jangan menampakkan ianya berat.
qiam.nampakkan ianya ringan.
supaya kita pun senang nak buat.
supaya kita pun ketagih nak buat.
kan kita nak jadi orang hebat.
ohhohh.betul ke betul?
do it.feel it.
---
doa pada hari peperiksaan.

dicadangkan agar doadoa berikut diucapkan pada hari peperiksaan,iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1.ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

maksudnya:[dan katakanlah:"wahai TUHANku!masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia,serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia,dan berikanlah kepadaku daripada sisiMU hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku."]

2.ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

maksudnya:["wahai TUHANku,lapangkanlah bagiku dadaku.dan mudahkanlah bagiku tugasku.dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku,supaya mereka faham perkataanku."]

3.ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

maksudnya:["wahai TUHAN yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya.dengan rahmatMU aku bermohon pertolongan."]

4.atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

maksudnya:["ya ALLAH!tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya.dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika ENGKAU kehendaki.”

5.jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

maksudnya:["ya ALLAH!TUHAN yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya.himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku."]

---

all the best.
selamat berexam.

4 comments:

  1. alamak!
    exam dah abes laa.
    result pon dah dapat.
    aisehh.
    ^^

    ReplyDelete
  2. ohhohh.untuk akan datang punya.simpan.haha.

    ReplyDelete
  3. sekarang rata2 rasenye bukan musim exam kenape tetibe ade3 doa pasal exam ek bro??

    ReplyDelete
  4. ohhohh.UiTM di hati ku akan exam.lalala.

    ReplyDelete

+kami kata.lalala+