allahummalakasumtu.

hari 1st.
merupakan hari super mencabar.tak kira lah samada bagi orang tu dah biasa puasa sunat@yang baru nak kembali berpuasa semula.tapi sudah tentu ianya terasa lebih mudah bagi yang selalu berpuasa sunat.tapi cabarannya tetap ada.kan?hoho.si nafsu makan itu pasti mencarikcarik perut si pelapar yang dah seharian rindukan ianya di isi.tekak yang sedia kering disetotakkan untuk semakin merasa hausdahaga untuk menggoda diri untuk paling kurang meneguk segelas air.cabarannya masingmasing.suasananya pun berbeza.time ramadhan,kita ada ayah,ibu,abang,kakak,adik,sahabat.semuanya sama.berpuasa.sehari dah rasa macam super mencabar.2 hari,3 hari,sebulan?semoga hari mendatang lebih baik dari permulaan hari ni yang maybe ada merasakannya sangat bersusah payah.untuk membiasakan diri.
---
doa makan.
alhamdulillah.masih ada yang boleh dipilih untuk dimakan.masih ada yang boleh didilemmakan untuk diminum.masih mampu.tapi ada yang tak.kita diperintahpuasakan untuk merasai sebahagian dari kesusahan mereka.mereka yang susah.
allahuakbar.
kita mampu bertakbir,ruku',sujud.tapi ada yang tak mampu walaupun sebernarnya mereka mahu.mereka tak didayakan.
alhamdulillah.
syukur.DIA masih kurniakan segala kemampuan untuk kita hargai+digunakan sebaiknya.semoga tidak disalahguna.
---
hu.surau yang berdekatan dengan rumah ana.masih beruang untuk diisi.mengawalkan diri untuk tidak lagi melarikan diri ke masjid UiTM.tibatiba kelihatan afiq naqiuddin sudah sedia berdudukan bersama kawankawan dia.ana,biarkan dia bersama kawankawan dia.tak mahu nak mengganggu focus.takut kalau dah jumpa,borak,hilang focusnya untuk terawihnya nanti.maybe time solat tu nanti sempatsempat otak ana memikirkan apa yang akan dibualkan dengan afiq diakhir solat nanti.mungkin.selesai.sempat menegur.tak lama kerana keramaian orang yang berada di pintu untuk pulang.takpe.maybe esok lusa boleh jumpa lagi.paling kurang masih dapat berhubung melalui HP.tapi HP start beragam sendiri.baru 2,3 hari ni.tak dapat nak charge lagi.cubaan.sabar.sob.

4 comments:

  1. salam sobat
    trims mengingatkan doa untuk berbuka puasa ,,ya,
    masih semangat dan senyum kan,,,walau puasa?

    ReplyDelete
  2. +fobia+e.l.l.e+
    selamat berpuasa kembali.

    +fobia+shie2010+
    selamat berpuasa kembali untuk akak sekeluarga.

    +fobia+NURA+
    salam.welcome.ngaa.muka masam nanti tak happy.puasa pun tak seronok.kena selalu happy walaupun berpuasa?

    ReplyDelete

+kami kata.lalala+