kosong.

tak suka.
carpet yang macam design dia macam sejadah.kelemahan?ada orang yang akan solat ikut sejadah masingmasing.(macam solat sorangsorang.)so mesti akan ada ruangruang terbuka antara jemaah kan?yang kalau bukan dek kerana dirantai time bulan ramadhan sahsah dah difill in the blankkan oleh syaitansyaitan yang durjana itu.bukan ke kalau solat berjemaah tu kena rapatkan saf?
---
assalamualaikum.
waalai.hu.baru ana nak jawab.tapi perlu ke ana menjawab?ana dah berpandangpandangan dengan sepek.mak cik ni macam dah salah tempat ni.bagi salam kat masjid.dah lah kuat kan.tak nak macam ada 1 pengunguman lah pula kan.hu.bagi salam kat masjid?hu.bukan sunat duh mak cik.bila time class agama selalu tidur@escape,macam ni kot jadinya.
---
tibatiba teringatkan time buka duludulu dengan classmate.buka samasama kat dewan makan.rasanya dulu tak ramai pun yang buka kat dewan makan.kalau ada pun 2,3 orang je.tapi dek kerana nak sangat membukakan puasa bersamasama,nak makan ramairamai kat bilik tak boleh.sempit.so mulalah ajak 1 class makan samasama kat dewan makan.start dari tu makin ramai makan kat dewan makan.makin meriah.meriahmeriahmeriah.suka.lepas dah beli makanan,duduk borakborak sambil tunggu azan.kalau ada yang menyinggah kat bazaar tu dapat lah rasa lain sikit dari apa yang ada kat dewan makan ni.dah azan,makan lah kan.tak kan nak main bola pula.haha.vest.(sevestine.)the only non-muslim laki classmate kitorang.so tak nak lah dia pun ketinggalan,ajak lah makan sama.dengan slumber panggil nama dia johan.tukar nama.kasi melayu sikit.ngaa.tak kisah lah kan.takde lah nanti dia rasa janggal sangat makan samasama dengan orang lain.makan dengan kitorang dia memang dah biasa.tapi dengan yang lain maybe agak segan?hmm.tahun ni 1st ramadhan vest sebagai seorang muslim.hu.akan rindu untuk makan samasama dengan dia.tukar nama lagi.kali ni nama islam dia,zakariyya.selamat berpuasa zakariyya.
---
cabaran berqiam.
perhatian.anda adalah calon persendirian.
so memang banyak lah cabarannya kan berbanding bersahur.kalau ramadhan syaitan dirantaigari.takde lah yang nak kacau.yang kacau pun maybe perasaan malas anda?tapi kalau ada syaitan habis lah anda.makin berat ujiannya untuk buat qiam ni.so apa kata mulakan dari sekarang?time ramadhan?bila dah terbiasa untuk sebulan,maybe akan lebih memudahkan untuk bulanbulan yang akan datang?lepas ramadhan.kalau dah alah bisa tegal biasa,syaitan mana yang datang kacau pun tak rasa apa kan?bersendiri.takde ayah,mak,abang,kakak,adik,kawankawan.semangat sendiri.kalau takde semangat itu,habis lah.tak berqiam lah anda sampai bilabila pun.tapi kalau tak nak bersendiri boleh je.ajak lah merekamereka yang anda sayangi untuk itu untuk join sama.supaya lebih semangat?kalau bersendirian macam mana pula nak bersemangat?hmm.anggap lah anda nak mengejar cinta,perhatian dari DIA.dah cukup untuk buat anda bersemangat?

4 comments:

  1. dorg guna sejadah sendiri tkut habuk n kwasan tu xbersih kot.yalah..org pijak kat ctu mesti bhabuk kan.tkut alahan..

    ReplyDelete
  2. bukan sejadah sendiri duh.kalau ada sejadah sendiri pun tak salahkan kalau dirapatkan safnya dengan jemaah yang lain.sejadah tu hanya sebagai alas.punca masalahnya adalah tak rapatkan saf.

    ReplyDelete
  3. salam sobat
    ini foto waktu puasa ini,,kok masjidnya masih kosong?

    ReplyDelete
  4. +fobia+NURA+
    bukan nak tunjuk gambar masjid sebenarnya.nak tunjuk gambar carpet masjid yang design macam sejadah je yang utamanya.

    ReplyDelete

+kami kata.lalala+