lebih baik.

AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN.
di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'membangun bersama islam.',kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premispremis perniagaan+kompleks belibelah,untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan,tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama,+didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.lazimnya dalam setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah,kerana hukuman+denda sematamata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.dalam 1 insiden,ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di pasaraya billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.maka dia pun kena denda lah.setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT,ustaz ni pun bagi lah nasihat,|lepas ni diharap saudari insaf+dapat mematuhi peraturan.peraturan ni bukan sematamata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah ALLAH.ringkasnya,kalau taat segala perintahNYA,pasti DIA akan membalas dengan nikmat di syurga.kalau derhaka tak nak patuhi perintahNYA,takut nanti tak sempat bertaubat,bakal mendapat azab di neraka ALLAH.tuhan maha penyayang,DIA sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka.|gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tibatiba membentak.|kalau tuhan tu betulbetul baik,kenapa buat neraka?kenapa tak boleh sediakan syurga je?macam tu ke tuhan maha penyayang?|mungkin dari tadi dia dah panas telinga,tak tahan dengar nasihat ustaz tu.dah lah hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.ustaz tu terkedu sekejap.bahaya budak ni.kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.setelah habis gadis tu membebel,ustaz tu pun jawab.|dik,kalau TUHAN tak buat neraka,saya tak jadi ustaz.berapa sen sangat gaji saya sekarang.baik saya jadi tokey judi@bapa ayam.hidup senang,lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.mungkin awak ni pun saya boleh culik+jual jadi pelacur.kalau awak nak lari,saya bunuh je.takpe,sebab neraka tak ada.nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.kan TUHAN tu baik?.|gadis tu terkejut.tergamak seorang ustaz cakap macam tu?sedang dia terpingapinga dengan muka confused,ustaz tu pun jelaskan.|perkara macam tadi akan berlaku kalau TUHAN hanya sediakan syurga.orang baik,orang jahat,semua masuk syurga.maka apa guna jadi orang baik?jadi orang jahat lebih seronok.manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga.lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.takde siapa yang terima hukuman.sebab TUHAN itu 'baik'.adakah TUHAN macam ni yang kita nak?awak rasa,adil ke?|tanya ustaz.|ah.mana adil macam tu.orang jahat takkan lah terlepas camtu je.|rungut si gadis.ustaz tersenyum+menyoal lagi.|bila tuhan tak adil,boleh ke dianggap baik?|gadis tu terdiam.ustaz mengakhiri katakatanya.|adik,saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat islam.ALLAH itu maha penyayang,tapi DIA juga maha adil.sebab tu neraka perlu wujud.untuk menghukum hambahambaNYA yang derhaka,yang menzalimi diri sendiri+juga orang lain.saya rasa awak dah faham sekarang.kita sedang diuji kat atas dunia ni.jasad kita bahkan segalagalanya milik ALLAH,maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita.ingatlah,semuanya dipinjamkan olehNYA,sebagai amanah+ujian.semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNYA,untuk kebaikan diri kita jugak.|
---
ustaz zainudin hashim.(ustazzain@harakah.net.my)
terdapat beberapa ulama kontemporari hari ini menjelaskan bahawa umat islam perlu menukar kaedah tadarus al-quran mereka pada bulan ramadhan daripada hanya sematamata membaca kepada mendiskusikan isiisi kandungannya.maksud 'tadarus' bukanlah baca,tetapi meneliti setiap ungkapan yang dinyatakan ALLAH dalam al-quran.mereka berpendapat adalah lebih baik program tadarus yang dilakukan setiap tahun sepanjang bulan ramadhan yang disertai beberapa individu dalam satu kumpulan,membaca 10-20 ayat sahaja.kemudian diterjemahkan secara harfiah+selepas itu ditafsirkan ayatayat yang telah dibaca.sebagai contoh,majlis tadarus boleh membincangkan isu memakai tudung di kalangan para suami jemaah masjid@surau bila ayat quran berkenaan aurat dibacakan.para suami bertanggungjawab menyuruh para isteri+anakanak mereka memakai tudung.keengganan ahli keluarga memakai tudung itu akan mengakibatkan para suami juga akan diseret di mahkamah ALLAH pada hari akhirat.(adakah tega untuk membiarkan suami yang disayangkasih tercampak ke neraka disebabkan oleh kalian kaum hawa jika kalian tidak bertudung?)sebaiknya membincangkan ayatayat tentang suruhan+juga larangan ALLAH apabila sampai kepada ayatayat tersebut semasa bertadarus.kalau konsep tadarus seumpama ini dapat dihidupkan,sudah pasti mereka yang keluar dari madrasah sebulan ramadhan akan menjadi insaninsan yang berkualiti yang mana hatihati mereka mudah tersentuh dengan ayatayat yang pernah dibincangkan dalam tadarus.
---
semoga ramadhan kita kali ini dapat lebih membaikkan kita.

3 comments:

  1. gd article bro!!!! thankx...but xtahan nye..kisah e2 dekat billion..ades..malu btl ore klate ini... (^_^)

    ReplyDelete
  2. +fobia+cyndaguil+lanun.terlampau+
    orang kelantan tu memang da sedia malu.takpe.bengang+malu lagi kalau orang yang baca tapi tak ambil iktibar+dipraktikkan bersama.jom berubah+praktikkan bersama.

    ReplyDelete

+kami kata.lalala+